Thursday, 21 February 2013


Mesyuarat JK MASMARDI Kelantan Bil. 2 / 2013




Satu mesyuarat JK MASMARDI Kelantan telah dijalankan pada 21 Februari 2013 di Stesen MARDI Kubang Kranji.  Mesyuarat telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir dalam jam 11.30 pg.

Agenda utama mesyuarat tersebut ialah untuk membincangkan program perjumpaan semua Pesara MARDI yang pernah bertugas di Kelantan yang dijadual diadakan pada 28 Februari 2013 nanti. 

Antara agenda perjumpaan tersebut ialah:
  • Penerangan dari MARDI berkenaan dengan kemudahan yang disediakan oleh MARDI dan kerajaan kepada semua pesara MARDI,
  • Majlis penerangan berkenaan dengan aktiviti MASMARDI Malaysia
  • Perancangan aktiviti MASMARDI Kelantan pada masa hadapan
  • Majllis bertemu muka dengan antara semua pesara MARDI Kelantan

Tuesday, 6 November 2012

Stesen MARDI Pasir Puteh



Stesen MARDI Pasir Puteh mula didirikan pada 1974. Pada 1976 bangunan telah siap dan beroperasi sebagai kilang memproses makanan ternakan. Tahun 1979  aktiviti R&D yang dijalankan ialah memberi khidmat sokongan kepada penyelidikan tembakau. Pada 1981, projek penyelidikan makanan ternakan dan pengawetan tembakau dijalankan. Tahun 1984, aktiviti-aktiviti pemindahan teknologi makanan aktif dijalankan. Tahun 1999, aktiviti stesen menjalankan latihan-latihan teknikal kursus-kursus teknologi makanan. Pada 2003, Stesen Jeram Pasu diletakkan di PTJ Kubang Keranji.

Fungsi dan aktiviti utama Stesen MARDI Pasir Puteh memfokuskan :
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan dan pemindahan teknologi Agro-Makanan.
  • Menyedia khidmat sokongan teknikal dan kawalan mutu serta maklumat-maklumat berkenaan membangunkan usahawan yang berinovasi dan berdaya saing.
  • Menjalankan program-program kursus dan demonstrasi pemprosesan makanan samada secara berjadual atau luar jadual.
  • Menyebar maklumat berkaitan Agro-Makanan menerusi ceramah, seminar, pameran, lawatan, mesyuarat dan sebaran media.
  • Menyedia kemudahan dan peralatan serta kepakaran untuk pengusaha di bawah Sistem Test Bed Teknologi MARDI termasuk sewa logistik oleh pelanggan.
  • Menyedia dan mengurus sumber-sumber stesen untuk tujuan pemindahan teknologi dan khidmat pelanggan secara optima termmasuk menjana hasil MARDI.



Monday, 5 November 2012

Stesen MARDI Jeram Pasu



Stesen MARDI Jeram Pasu mula ditubuhkan pada Februari 1977 dimana asalnya adalah Stesen untuk penyelidikan tembakau. Pada tahun 1978 dibuka dengan rasminya sebagai stesen penyelidikan tembakau. Tahun 1980 stesen telah diserahkan kepada Cawangan Tanaman Ladang. Tahun 1983 stesen telah diserahkan kepada Cawangan Buah-buahan memandangkan tanaman ladang seperti jagung dan kacang tanah tidak berjaya ditanam, manakala tanaman buah-buahan seperti mangga menunjukkan prestasi yang baik. Tahun 1984 stesen telah dijadikan  ’out-reach station’ untuk penyelidikan buah-buahan. Tahun 1985 stesen dijadikan sebagai stesen penyelidikan buah-buahan sepenuhnya mulai bulan September 1985.

Pengstrukturan semula MARDI 2002 telah memutuskan Stesen Jeram Pasu di letakkan dibawah pentadbiran Kubang Keranji sebagai Pusat Tanggung Jawab (PTJ).

Fungsi dan aktiviti-aktivi utama stesen memfokuskan:
  • Stesen sokongan kepada pusat kecemerlangan penyelidikan dan inovasi teknologi bagi buah-buahan.
  • Stesen ini juga berfungsi sebagai stesen sokongan kepada aktiviti pemindahan dan pengkomersialan teknologi.
  • Menjalankan penyelidikan dalam bidang baikbiak baka, agronomi & fisilogi, musuh dan penyakit tanaman buah-buahan.
  • Mewujudkan ladang contoh buah-buahan.
  • Mengadakan program latihan kepada petani dan pengusaha dalam bidang berkaitan buah-buahan