Stesen MARDI Jeram Pasu mula ditubuhkan pada Februari 1977 dimana
asalnya adalah Stesen untuk penyelidikan tembakau. Pada tahun 1978 dibuka
dengan rasminya sebagai stesen penyelidikan tembakau. Tahun 1980 stesen telah
diserahkan kepada Cawangan Tanaman Ladang. Tahun 1983 stesen telah diserahkan
kepada Cawangan Buah-buahan memandangkan tanaman ladang seperti jagung dan
kacang tanah tidak berjaya ditanam, manakala tanaman buah-buahan seperti mangga
menunjukkan prestasi yang baik. Tahun 1984 stesen telah dijadikan ’out-reach station’ untuk penyelidikan
buah-buahan. Tahun 1985 stesen dijadikan sebagai stesen penyelidikan
buah-buahan sepenuhnya mulai bulan September 1985.
Pengstrukturan semula MARDI 2002 telah memutuskan Stesen Jeram Pasu di
letakkan dibawah pentadbiran Kubang Keranji sebagai Pusat Tanggung Jawab (PTJ).
Fungsi dan aktiviti-aktivi utama
stesen memfokuskan:
- Stesen sokongan kepada pusat kecemerlangan penyelidikan dan inovasi teknologi bagi buah-buahan.
- Stesen ini juga berfungsi sebagai stesen sokongan kepada aktiviti pemindahan dan pengkomersialan teknologi.
- Menjalankan penyelidikan dalam bidang baikbiak baka, agronomi & fisilogi, musuh dan penyakit tanaman buah-buahan.
- Mewujudkan ladang contoh buah-buahan.
- Mengadakan program latihan kepada petani dan pengusaha dalam bidang berkaitan buah-buahan
No comments:
Post a Comment