Ditubuhkan sebagai Ibu Pejabat
MARDI Kelantan pada tahun 1971 menumpang di Pejabat Pertanian Lundang. Pada
tahun 1974 menyewa bangunan sendiri di Lundang. Tahun 1975 stesen telah
berpindah ke Kubang Keranji setelah pejabat bangunan siap dibina di atas tanah
seluas 3 ekar merangkumi 2 tingkat bangunan kayu, setor dan bengkel/garaj. Pada
tahun 1986 keluasan tanah telah diperbesarkan kepada 7 ekar dan pembinaan telah
ditambah dengan bangunan pejabat kekal (konkrit). Tahun 2000 stesen telah
distruktur semula sebagai Stesen Pembangunan dan Khusus. Menempatkan Pejabat Pengarah MARDI Negeri,
juga menempatkan kakitangan R&D.
Pengstrukturan semula MARDI 2002
telah memutuskan Stesen Pasir Puteh dan Jeram Pasu di letakkan dibawah
pentadbiran Kubang Keranji sebagai Pusat Tanggung Jawab (PTJ). Lokasi Stesen MARDI Kubang Keranji adalah amat
strategik terletak di pinggir bandar satelit Kubang Kerian, Kota Bharu serta
berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Projek
Kemasin Semerak (PKS), Pelabuhan Perikanan Tok Bali, Projek Pembangunan
Pertanian Jeli, Projek Pertanian Bersepadu KADA, Projek Pertanian Integrasi
Kesedar dan lain-lain.
Stesen MARDI Kubang Keranji menyediakan prasarana asas untuk khidmat
sokongan penyelidikan oleh Pusat-Pusat Penyelidikan MARDI. Stesen ini
menempatkan pejabat operasi Pengarah MARDI Negeri Kelantan yang terlibat
sepenuhnya dalam program-program pemindahan dan pembangunan teknologi MARDI
kepada golongan sasaran, agensi-agensi pengembangan pertanian negeri dan
persekutuan Negeri Kelantan.
Kemudahan infrastruktur dan bangunan di stesen untuk tujuan sokongan
ToT dan R&D adalah meliputi Makmal Latihan (sos, kuih), bangunan kilang
(perusahaan potpouri), makmal analisis makanan, makmal padi, bilik TIC, rumah
kebal serangga, plot penyelidikan, plot pengeluaran benih kenaf, plot tanaman,
bilik kuliah, bilik seminar, bilik mesyuarat, peralatan pengeringan dan
pengisaran hasil pertanian serta tapak pengeringan.
Peranan stesen ini adalah penting kerana secara langsung menyumbang
kepada perkembangan industri hiliran pertanian negeri menerusi program-program
pemindahan teknologi serta kerjasama dua hala antara agensi. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan
termasuk penganjuran kursus, latihan, seminar, ceramah, pameran, sebaran
maklumat, penyelidikan bersama Universiti dan Jawatankuasa TWG.
Stesen MARDI Kubang Keranji berupaya menjalankan fungsi dan
tanggungjawab yang diberikan menerusi kerjasama sepadu di kalangan semua
kakitangan dari pelbagai pusat di stesen (PS, RI, ET, SR, HR, PT). Hasil kerjasama erat dan prestasi cemerlang
tersebut, stesen telah diisytihar sebagai pemenang Anugerah Stesen Terbaik
MARDI 2003.
No comments:
Post a Comment