Stesen MARDI Pasir Puteh mula didirikan pada 1974. Pada 1976 bangunan
telah siap dan beroperasi sebagai kilang memproses makanan ternakan. Tahun
1979 aktiviti R&D yang dijalankan
ialah memberi khidmat sokongan kepada penyelidikan tembakau. Pada 1981, projek
penyelidikan makanan ternakan dan pengawetan tembakau dijalankan. Tahun 1984,
aktiviti-aktiviti pemindahan teknologi makanan aktif dijalankan. Tahun 1999,
aktiviti stesen menjalankan latihan-latihan teknikal kursus-kursus teknologi
makanan. Pada 2003, Stesen Jeram Pasu diletakkan di PTJ Kubang Keranji.
Fungsi dan aktiviti utama Stesen MARDI Pasir Puteh memfokuskan :
- Menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan dan pemindahan teknologi Agro-Makanan.
- Menyedia khidmat sokongan teknikal dan kawalan mutu serta maklumat-maklumat berkenaan membangunkan usahawan yang berinovasi dan berdaya saing.
- Menjalankan program-program kursus dan demonstrasi pemprosesan makanan samada secara berjadual atau luar jadual.
- Menyebar maklumat berkaitan Agro-Makanan menerusi ceramah, seminar, pameran, lawatan, mesyuarat dan sebaran media.
- Menyedia kemudahan dan peralatan serta kepakaran untuk pengusaha di bawah Sistem Test Bed Teknologi MARDI termasuk sewa logistik oleh pelanggan.
- Menyedia dan mengurus sumber-sumber stesen untuk tujuan pemindahan teknologi dan khidmat pelanggan secara optima termmasuk menjana hasil MARDI.
ada menerima pelajar yg menjalani latihan industri tak?
ReplyDeleteAssalamualaikum ada menerima pelajar untuk latihan industri tak ?
ReplyDelete